Tun Dr.Mahathir Mohamad(Bapa Pemodenan)

Tun Dr. Mahathir bin Mohamad adalah
antara tokoh politik yang berpengaruh dan gemar membuat keputusan yang
di luar kebiasaan. Beliau pernah memutuskan tambatan Ringgit dengan
matawang Dollar Amerika dalam keadaan ramai yang sangsi dengan
keberkesanan dasar itu.
Ramai
anak muda hari ini kurang mengenali beliau. Ada yang gemar mencerca
sedangkan mereka tidak pun tahu apakah salah Tun. Ada juga yang suka
melambung-lambung dan memuji Tun tanpa mengenalinya dengan mendalam.
Sewajarnya kita harus mengetahui biodata tokoh ini sebagai teladan dan
peringatan.
Tun Mahathir Mohamad dilahirkan
pada hari Jumaat tanggal 20 Disember 1925. Putera kepada pasangan
Mohamad bin Iskandar dan Wan Tempawan binti Wan Hanafi ini dilahirkan di
rumah bernombor 18, Lorong Kilang Ais, bersebelahan dengan Jalan
Pegawai, Seberang Perak, Alor Setar, Kedah. Sejak kecil Mahathir
ditimang dengan nama ‘Che Det’.
Beliau
merupakan anak bongsu di kalangan sembilan orang adik-beradik. Tun Dr.
Mahathir memulakan alam persekolahan di Sekolah Melayu Seberang Perak
pada tahun 1930 selama dua tahun. Beliau melanjutkan pengajian menengah
di Goverment English School, Alor Setar yang kini dikenali sebagai Kolej
Sultan Abdul Hamid. Beliau tamat dengan keputusan Senior Cambridge yang
cemerlang pada tahun 1945.
Dalam
tahun 1947, selepas tamat pengajian peringkat menengah, Dr. Mahathir
telah ditawarkan biasiswa Kedah untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang
perubatan di King Edward VII College of Medicine, Singapura. Semasa di
Kolej, beliau merupakan seorang pelajar yang tekun dan
bersungguh-sungguh dalam pelajaran, aktif dalam sukan ragbi dan sentiasa
mengambil berat tentang kebajikan pelajar-pelajar lain.
BIODATA RINGKAS TUN DR. MAHATHIR MOHAMAD
Nama:
Mahathir bin Mohamad
Tempat Lahir :
Alor Setar, Kedah, Malaysia
Nama Ayah :
Mohamad Bin Iskandar
Tarikh Lahir :
20 Disember 1925
Nama Isteri :
Tun Dr Siti Hasmah Bt Mohd Ali
Anak:
Marina, Mirzan, Melinda. Mokhzani,Mukhriz,Maizura and Mazhar
Kerjaya:
Open first Malay clinic at Alor Setar, known as Clinic Maha
Pendidikan Tinggi:
King Edward VII College of Medicine, Universiti
Malaya, Singapura, Graduated in MBBS 1953
Menteri Pelajaran:
1974
Naib Presiden UMNO:
1981
Dilantik Perdana Menteri:
16th Julai 1981
Letak Jawatan:
31th Oktober 2003
No comments:
Post a Comment