Sunday, 16 September 2012

TOKOH KEMERDEKAAN


TOKOH YANG DISEGANI
TUNKU ABDUL RAHMAN IBNI ALMARHUM PUTRA AL-HAJ




Latar Belakang

Nama : Y.T.M Tunku Abdul Rahman Pura Al-Haj
Tarikh Lahir : 8 Februari 1903
Tempat Lahir : Istana Tngkat Tiga,Alor Setar,Kedah
Pengajian :
-Sekolah Melayu,Alor Setar
-Government English School
-Sekolah Debsurin,Bangkok
-Penang Free School
-St. Catherine College
-Universiti Cambridge (1920)
-mendapat Ijazah Sarjana Muda undang-undang dan sejarah Universiti Cambridge (1925)
-menamatkan pengajian di Inns ofCourt
-mendapat kelayakan undang-undang
Jawatan : Ketua Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) Bahagian Kedah (26 Ogos 1951)

References : http://www.yayasantar.org.my/kursi.html

Sumbangan Tunku Abdul Rahman

Zaman pendudukan Jepun telah benar-benar melahirkan semangat kebangsaan di jiwa Almarhum. Almarhum YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj adalah salah seorang yang hadir ketika Kongres Melayu Se Malaya yang diadakan di Kelab Sultan Sulaiman pada tahun 1946. Pada tahun 1949, Almarhum YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj menjadi pengerusi UMNO bahagian negeri Kedah. Apabila Dato Onn bin Jaafar meletak jawatan sebagai Presiden UMNO, Almarhum YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj telah dipilih bagi mengisi kekosongan itu pada 26 Ogos 1951.

Sejak mengambil alih kepimpinan UMNO dari Dato Onn, Almarhum YTM Tunku Rahman Putra Al-Haj telah mewujudkan kerjasama dengan MCA menubuhkan Perikatan pada tahun 1952. Sejak itu Perikatan menjadi badan dominan yang memperjuangkan Kemerdekaan sehinggalah negara memperolehi kebebasan mutlak apabila Almarhum YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj membacakan pengisytiharan Kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.

Almarhum YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj membuktikan kenegarawanan beliau apabila Parti Perikatan dihasilkan bersama-sama dengan MCA dan kemudian disertai pula oleh MIC. Almarhum YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj menegaskan kemerdekaan akan hanya dicapai melalui kerjasama di antara kaum Melayu, Cina dan India. Kewibawaan Almarhum YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj sebagai seorang pemimpin terserlah apabila hasil rundingan Almarhum YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dengan pihak British membawa kepada pilihanraya yang pertama pada 31 Ogos 1955 dan Parti Perikatan memenangi 51 daripada 52 kerusi yang dipertandingkan. Almarhum YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dilantik menjadi Ketua Menteri. Di antara usaha beliau yang penting adalah cubaan menyelamatkan negara dari ancaman komunis semasa darurat dengan memberi tawaran pengampunan beramai-ramai sekiranya pengganas menyerah diri. Ini diikuti oleh Rundingan Baling pada 27 dan 28 Disember 1955 antara PKM dan kerajaan tetapi menemui jalan buntu.

References : http://memori-kedah.net/

PROSES MENUNUTUT KEMERDEKAAN

Kejayaan cemerlang dalam pilihan raya persekutuan pada tahun 1955 memang menjulang tinggi nama Abdul Rahman sebagai pemimpin paling penting dalam politik persekutuan tanah melayu. Penemuan Tunku dan Donald MacGillivary pada hari Ahad 31 Julai 1955, merupakan langkah dalam proses menuntut kemerdekaan. Inilah langkah pertama tunku sebagai pemimpin perikatan meminta kuasa pemerintahan daripada kerajaan British. Namun setelah berbincang selama 2jam setengah, Tunku gagal untuk membincangkan kuasa veto Pesuruhjaya Tinggi dan pelantikan Suruhanjaya Bebas untuk mendraf perlembagaan. Keinginan Tunku untuk membolehkan Perikatan Campur tangan dalam pentadbiran secepat mungkin, seperti yang dijanjikan dalam pilihan raya yang lepas tidak kesampaian.

References : Abdul Aziz Ishak, Riwayat Hidup Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Karya Bistari Sdn Bhd
Mohamad Abid 2003 Imbasan Peristiwa-peristiwa Sebelum Kemerdekaan Malaysia,Pelanduk Publications,Selangor.
Ramlah Adam,2003. Pejuang-pejuang Kemerdekaan dalam Tuanku Abdul Rahman Putra Al-Haj (1903-1990) Melaka
Ramlah Adam,2003,Biografi Politik Tunku Abdul Rahman, Dewan Bahasa & Pustaka, Kuala Lumpur
Shariff Ahmad, 1991, Tunku Abdul Rahman,memoir Patriotik, Penerbitan Pustaka Antara, Kuala Lumpur


Tun Sambathan

emel Cetak PDF


V.T. Sambathan dilahirkan pada 16 Jun 1919 di kawasan pedalaman di Sungai Siput, Perak Darul Redzuan. Semasa kecil beliau tidak banyak bergaul dengan masyarakat lain. Beliau seorang yang rajin. Beliau mula bergaul dengan masyarakat lain apabila bersekolah di Sekolah Clifford di Kuala Kangsar, Perak.

Beliau sangat cemerlang dalam pelajarannya hingga membolehkan beliau melanjutkan pelajaran di Universiti Annamalai di Utara India dan mendapat ijazah Sarjana Muda Sastera dari universiti tersebut. Tun V.T. Sambathan merupakan seorang pejuang daripada masyarakat India. Sejak kecil lagi sangat aktif dalam pelbagai kegiatan di sekolah dan universiti. Kepimpinan terserlah apabila dilantik menjadi Presiden Kongres India Malaya ketika berusia 36 tahun. Kemudian V.T. Sambathan dilantik menjadi menteri penuh dalam pelbagai kementerian.

Pada tahun 1955, pilihanraya yang pertama telah diadakan dan Parti Perikatan telah memberi penghargaan kepada beliau untuk mewakili kawasan Kinta, Perak. V.T. Sambathan telah menang dan diberi kepercayaan untuk menjadi Menteri Buruh. Pada tahun 1957 pula beliau dilantik menjadi Menteri Kesihatan. Seterusnya pada tahun 1959 telah dilantik menjadi Menteri Tenaga, Telekom dan Pos.Jawatan yang terakhir dipegang oleh V.T. Sambathan ialah Menteri Perpaduan Negara.

Sepanjang tempoh menjadi menteri kabinet begitu banyak jasa yang telah dicurahkan oleh V.T. Sambathan terutama berkaitan dengan perpaduan rakyat yang berbilang kaum dan dari segi kemudahan kepada rakyat serta semangat patriotisme pada masa itu. V.T. Sambathan juga turut berjasa dalam menyatukan masyarakat India di Fiji dengan masyarakat pribumi.

V.T Sambathan tidak hanya memajukan masyarakat India yang kurang berpendidikan tetapi lebih global terutama ketika menjawat jawatan Menteri Kesihatan. Beliau telah meletakkan jawatan Presiden Kongres India pada tahun 1973 dan Menteri Perpaduan Negara pada tahun 1974 kerana faktor usia. Tun V.T. Sambathan telah meninggal dunia pada 18 Mei 1979 akibat diserang penyakit jantung. Bagi mengenang jasa beliau kepada negara, nama beliau telah diabadikan kepada sebatang jalan raya di Brickfield, Kuala Lumpur.



Tan Cheng Lock

emel Cetak PDF
tan cheng lockTan Cheng Lock dilahirkan pada 5 April 1883 di 111, Heeren Street, Melaka. Tempat kelahiran beliau ini masyhur dengan bangunan merah iaitu Dutch Stadthuys. Bapa beliau bernama Tan Kheng Ann. Bapa beliau telah berkahwin dengan Lee Seck Bin ketika berusia 18 tahun. Tan Cheng Lock merupakan anak ketiga daripada tujuh adik-beradik. Mereka mempunyai tiga orang anak yang dilahirkan antara tahun 1880 hingga 1883 iaitu Siang Cheng, Cheng Siew dan Cheng Lock. Kemudiannya mereka dikurniakan empat orang anak lagi iaitu Guat Choo, Guat Kee Guat Poh dan Cheng Juay. Tan Cheng Lock membesar dalam suasana pembelajaran yang tegas. Kemiskinan hidup menyebabkan beliau belajar bersungguh-sungguh dan telah berjaya dalam hidupnya. Beliau telah menamatkan pengajian Standard VII di Malacca High School pada 1899 dan penerima kedua Biasiswa Tan Teck Guan di sekolahnya.

Pelajaran yang cemerlang melayakkan beliau mendapatkan biasiswa, seterusnya melanjutkan pelajaran ke Raffles Institution, Singapura dari tahun 1902 hingga 1908 dalam bidang undang-undang. Pada tahun 1908, usia beliau genap 25 tahun semasa belajar di Raffles Institution. Pihak pentadbiran Raffles Institution telah memberi peluang kepada penuntutnya berinteraksi dengan pelajar-pelajar lain dari Kolej Eropah dan ini menjadikan beliau lebih matang dan taat kepada British. Di samping itu bagi menanam kesedaran sivik dan ingin meletakkan satu pejabat kolonial di tanah jajahan British. Dengan bantuan sepupu ibunya, Lee Chin Tuan beliau telah bekerja di ladang getah Bukit Kajang sebagai Penolong Pengurus dari 1908 hingga 1910. Beliau juga mendapat bantuan dari Chan Kang Swi, untuk menjadi ahli perniagaan dalam perusahaan di bawah Malacca Pinda Rubber Estates, Ayer Molek Rubber Company dan United Malacca Rubber Estates.

Tan Cheng Lock dilantik menjadi hakim di Melaka pada bulan Ogos tahun 1912. Berapa bulan kemudian, beliau dilantik menjadi Pesuruhjaya bagi Majlis Perbandaran Bandar dan Port di Melaka dari tahun 1912 hingga 1922. Pada tahun 1913, Tan Cheng Lock berkahwin dengan Yeo Yeok Neo iaitu anak kepada Yeo Tin Hye. Ibunya adalah pemimpin bagi masyarakat Hokkien di Melaka. Mereka dikurniakan lima orang anak iaitu Lily Tan Kim Tin Hye, Wee Geok Kin, Tan Siew Sin, Alice Tan Kim Yoke dan Agnes Tan Kim Lwi.

Pada 1 Januari 1923, ketika Tan Cheng Lock berumur 40 tahun beliau telah dilantik menjadi Ahli Majlis Perundangan Tidak Rasmi Selat dan S.S. Executive Council dari tahun 1933 hingga 1935. Semasa tempoh memegang jawatan tersebut, beliau memperjuangkan nasib kaum Cina khususnya dari aspek undang-undang perkahwinan, candu, pendidikan dan isu-isu imigresen. Pada 26 September 1935, Tan Cheng Lock telah bersara dari jawatan sebagai Unoffical Member of the Straits Settlements Executive Council. Dalam tahun 1949, beliau telah dilantik menjadi presiden pertama bagi Malayan Chinese Associations (MCA). Tan Cheng Lock adalah generasi kaum Cina awal 1920-an dan 1930-an yang menyumbang kepada asas Malaysia sekarang. Selama hampir 40 tahun beliau bergiat cergas dan aktif dalam ehwal awam. Beliau meninggal dunia dunia akibat serangan jantung pada 8 Disember 1960 di Hospital Besar Melaka.



Dato' Onn bin Jaafar

emel Cetak PDF
onn jaafarDato' Onn lahir pada tahun 1895. Dato' Onn sejak kecil dipelihara oleh Sultan Ibrahim. Beliau mendapat pendidikan Melayu sebelum melanjutkan pelajaran ke England. Dato' Onn pernah bekerja sebagai wartawan pada tahun 1930. Pada tahun 1934, Dato' Onn menjadi pengarang Lembaga Malaya dan harian Lembaga. Disamping itu, Dato' Onn juga pernah menjadi ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Johor. Semasa Zaman Pendudukan Jepun, Dato' Onn menjadi Ketua Pejabat Kawalan Makanan Negeri Johor.

Pada 1 hingga 4 Mac 1946, 41 persatuan Melayu menghadiri Kongres Melayu pertama yang diadakan di Kelab Sultan Sulaiman. Hasil daripada mesyuarat, sebuah badan yang mewakili orang Melayu menentang Malayan Union akan ditubuhkan. Kongres Melayu Ketiga kemudiannya diadakan di Istana Besar Johor Bahru pada bulan Mei, 1946. Kongres inilah yang melahirkan UMNO dengan Datuk Onn sebagai president yang pertama.

Pada 1 Oktober 1946, Dato' Onn Datuk Jaafar dilantik menjadi Menteri Besar Johor. Tiga tahun kemudian, Dato' Onn meletakkan jawatan Menteri Besar Johor dan menumpukan kepada UMNO. Di bawah kepimpinan Dato' Onn, UMNO telah berjaya memaksa kerajaan British membubarkan Malayan Union dan diganti dengan Persekutuan Tanah Melayu. Persekutuan Tanah Melayu 1948 mengekalkan kedudukan Raja-raja Melayu, memperketatkan syarat-syarat kerakyatan dan memberi hak istimewa Melayu.

Dato' Onn bercadang untuk membuka keahlian UMNO kepada semua orang tanpa mengira kaum. Cadangan tersebut ditentangan. Oleh yang demikian, Dato' Onn meletakkan jawatan sebagai president UMNO apabila persidangan Majlis Mesyuarat Agung Keenam diadakan pada 25 dan 26 Ogos 1951.Namun begitu, UMNO telah menggabungkan parti-parti yang dianggotai oleh kaum lain iaitu MCA dan MIC menjadi parti Perikatan pada tahun 1955.

Dato' Onn menubuhkan Parti Kemerdekaan Malaya selepas meninggalkan UMNO. Malangnya, parti tersebut tidak mendapat sokongan daripada orang Melayu. Pada tahun 1954, beliau menubuhkan Parti Negara mengganti Parti Kemerdekaan Malaya. Tujuan penubuhan parti tersebut adalah untuk bertanding dalam pilihan raya umum yang pertama pada tahun 1955. Sekali lagi, partinya gagal mendapat sokongan dan tidak memenangi sebarang kerusi dalam pilihan raya umum.

Walau bagaimanapun, beliau masih berusaha untuk mendapatkan tempat dalam politik. Akhirnya, beliau berjaya mendapat satu kerusi di kawasan Parlimen Kuala Terengganu Selatan dalam pilihan raya Persekutuan 1959. Dato' Onn meninggal dunia pada tahun 1962. Namun, tidak siapa pun yang dapat melupakan jasa Dato' Onn kepada negara dan bangsa. Dato Onn Jaafar mendirikan rumah tangga bersama Datin Halimah Hussein, dan salah seorang daripada anak mereka termasuk Allahyaraham Tun Hussein bin Dato' Onn.

Natijahnya, Dato' Onn mempunyai pandangan yang berbeza dengan ahli-ahli UMNO yang lain. Beliau ingin membuka pintu UMNO kepada kaum-kaum lain menyertainya tetapi ahli-ahli UMNO menggangap tindakan ini sebagai satu ancaman. Walau bagaimanapun, Dato' Onn tetap merupakan seorang yang berani dan berusaha dengan bersungguh-sungguh demi negara dan bangsa. 
 
 
 

 
 

No comments:

Post a Comment